sejarah sekolah menengah agama dan tahfiz A-Quran pulau besar





Sejarah


Sekolah Menengah Agama Dan Tahfiz Al-Quran merupakan sebuah sekolah yang diasaskan di bawah 
pengurusan Bahagian Pendidikan Islam, 
Jabatan Agama Islam Melaka. Berikut adalah sejarah penubuhan sekolah ini :
Pulau Besar merupakan salah satu destinasi tumpuan pelancongan di negeri Melaka.
Pelbagai langkah daripada kerajaan negeri Melaka bagi mempromosi Pulau besar sebagai tumpuan pelancongan.
Antara destinasi terkenal di Pulau Besar ialah pusat lawatan ke makam – makam dan kawasan perairan yang indah.
Pulau Besar terkenal dengan sejarah penyebaran Islam suatu ketika dahulu dan lawatan
 ke makan Sultan Ariffin.
Bagi membasmi amalan khurafat/syirik di Pulau Besar, terdapat inisiatif daripada alim ulamak melaka yang mencetuskan idea kepada mantan Ketua Menteri Melaka( Dato Seri Ali Rustam) untuk mengubah tarikan pelancongan ke Pulau Besar sebagai pusat orientasi pendidikan.
Cetusan idea ini membawa kepada penubuhan Sekolah Menengah Agama dan Tahfiz Al-Quran
 Pulau Besar Melaka
Hasrat kerajaan negeri hendak menubuhkan Sekolah Menengah Tahfiz di Pulau Besar,
 Melaka amat tepat pada masanya bersesuaian dengan Tranformasi Pendidikan dan konsep 
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
SMATQ Pulau Besar bermula operasi pada Julai 2012 dan terdapat pelbagai prasarana dari segi
 komposisi warga SMATQ pulau Besar dan pembangunan sekolah.
Dari segi komposisi warga SMATQ Pulau Besar kini(2016) menempatkan sejumlah 135 orang pelajar
 dan 21 kakitangan SMATQ Pulau Besar.
Dari segi pembangunan kini sekolah mengalami beberapa fasa perubahan iaitu fasa I dan fasa II.
 Terdapat 18 chalet yang digunakan bagi sesi Pengajaran dan Pembelajaran sekolah.

No comments:

Post a Comment