1. PENDAHULUAN
Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) adalah kurikulum yang digubal berdasarkan
kurikulum tahfiz al-Quran dari pelbagai institusi pendidikan agama yang diselaraskan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jawatankuasa Kurikulum Agama
Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran Dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI)
dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
KBT menggabungkan dua komponen mata pelajaran tahfiz al Quran dengan
sebahagian mata pelajaran sedia ada dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). Pengintegrasian komponen ini diharap dapat melahirkan
generasi pelajar yang menghafaz al-Quran (al-hafiz), menguasai dan mengamalkan
ilmu-ilmu al-Quran di samping ilmu-ilmu lain. KBT ini juga akan memastikan pelajar
dapat menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam masa 5 tahun pengajian di
peringkat sekolah menengah.
2. PUNCA KUASA
Dalam melaksanakan kurikulum ini beberapa punca kuasa yang penting telah
diperolehi dari pihak-pihak yang berkaitan. Punca kuasa tersebut adalah seperti
berikut:
2.1.Jawatankuasa Kurikulum Agama, Lembaga Penasihat Pelajaran dan
Pendidikan Agama Islam (LEPAI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) telah menyelaraskan Kurikulum Dini bagi kegunaan SAN, SAR dan
SABK.
Dalam mesyuarat pada 15 Jun 2012, Jawatankuasa ini telah
bersetuju terhadap cadangan KPM untuk menjadikan Kurikulum Dini dan
Kurikulum Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan dengan mengguna pakai
kurikulum yang telah diselaraskan sebagai asas Kurikulum Dini dan
Kurikulum Tahfiz Kebangsaan.
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015 2
2.2.Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) KPM dalam mesyuarat Bil. 3/2012
pada 25 Jun 2012 telah bersetuju terhadap cadangan menjadikan Kurikulum
Dini dan Kurikulum Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan.
2.3.Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan KPM Kali Ke-200 yang
dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran pada 26 Julai 2012 juga
bersetuju dengan cadangan menjadikan Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz
sebagai Kurikulum Kebangsaan.
2.4.Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Ugama Islam Malaysia
(MKI) Kali Ke-54 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak pada 03 Disember 2012
telah bersetuju supaya Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz digunakan
sebagai Kurikulum Kebangsaan di sekolah agama yang telah mendaftar
sebagai SABK. Kurikulum tersebut dinamakan sebagai Kurikulum Bersepadu
Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).
2.5.Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-231 yang bersidang pada 27 Februari
2013 telah bersetuju mengambil maklum dan memperkenankan cadangan ini
setelah dibentangkan oleh pihak LEPAI dengan kerjasama KPM.
2.6.Surat persetujuan telah diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri yang akan
melaksanakan KBD dan KBT di SABK masing-masing. Dengan persetujuan
ini, pelaksanaan KBD dan KBT di SABK adalah selari dengan MoU
pendaftaran SABK yang menyatakan bahawa pelaksanaan Kurikulum Azhari
di sekolah-sekolah agama hendaklah diurus oleh kerajaan negeri
sehinggalah kurikulum-kurikulum tersebut diselaraskan dan dijadikan
sebahagian daripada kurikulum kebangsaan.
3. LATAR BELAKANG
3.1.Program Pendaftaran SAR dan SAN sebagai SABK merupakan satu
program yang telah membuka mata banyak pihak tentang kurikulum Dini/
Azhari di sekolah agama. Program yang tercetus daripada Laporan JK Tan
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
3
Sri Murad dan dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri ketika itu telah
membawa masuk sekolah-sekolah agama rakyat dan negeri yang
menggunakan dwi-kurikulum ke arus perdana. Pelaksanaan dwi-kurikulum di
SABK setelah berlakunya pendaftaran menunjukkan bahawa terdapat ruangruang
yang masih boleh ditambahbaik bagi menjamin kecemerlangan murid
dalam kedua-dua bidang iaitu akademik dan agama.
3.2.Resolusi Seminar Pemantapan Kurikulum SABK peringkat Kebangsaan
2008 Port Dickson telah menyatakan bahawa Kurikulum Dini/ Azhari perlu
diselaraskan dan diangkan menjadi kurikulum kebangsaan.
3.3.Persidangan Ketua-ketua/ Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia kali
ke-86, pada 25-27 Mei 2011 di Kangar Perlis telah bersetuju dengan
cadangan Kurikulum Dini di selaras dan diangkat menjadi kurikulum
kebangsaan.
3.4.Pihak LEPAI dan JAKIM telah mengetuai usaha-usaha penyelarasan
kurikulum Dini Azhari yang dilaksanakan di negeri-negeri. Usaha-usaha
tersebut kemudiannya di selaraskan dengan KPM dalam kerangka
memartabat dan mengangkat kurikulum Dini sebagai kurikulum Kebangsaan
sehinggalah KBD dan KBT yang berasaskan Kurikulum Dini/ Azhari akhirnya
diperkenalkan..
3.5.Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Gelombang 1 dalam perkara
“Mengukuhkan laluan pendidikan agama” telah menyatakan bahawa “
..kementerian beriltizam menyediakan pendidikan agama berkualiti tinggi
bagi melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
relevan untuk berjaya dalam pasaran kerja berasaskan nilai dan tasawur
Islam yang kukuh. Kementerian akan memperkukuhkan pelaksanaan
kurikulum kebangsaan di sekolah agama dengan mengangkat kurikulum Dini
dan Tahfiz sebagai kurikulum kebangsaan serta menerapkan unsur-unsur
agama ke dalam kurikulum kebangsaan”.
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
4
3.6.Oleh itu KPM mengeluarkan Dokumen Standard Kurikulum bagi KBD
sebagai rujukan untuk pelaksanaannya.
4. OBJEKTIF
Objektif KBT adalah seperti berikut:
4.1.melahirkan modal insan yang menghafaz dan memahami 30 juzu’ al-Quran;
4.2.melahirkan modal insan yang boleh menjalinkan hubungan dengan Allah,
sesama manusia dan dengan kejadian alam berdasarkan kepada al-Quran
dan al-Sunnah;
4.3.melahirkan modal insan yang mahir dalam bidang keagamaan dan
profesional berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah; dan
4.4.melahirkan modal insan yang berupaya memberi pandangan dalam
menyelesaikan masalah, memaksimumkan keupayaan berfikir serta
berfikiran kreatif dan inovatif.
5. KEPENTINGAN KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ
KBT diwujudkan dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -
2025 (PPPM) bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kepentingan KBT dalam arus perdana pendidikan
negara adalah seperti berikut:
5.1. Aspirasi Sistem
Pelaksanaan KBT di SABK dapat memberi peluang kepada warganegara
mendapat pendidikan tahfiz al-Quran dan mengukuhkan pendidikan
agama di dalam aliran perdana.
Murid yang dilahirkan berpotensi memenuhi keperluan modal insan yang
mampu menyumbang dalam kemajuan ekonomi negara dalam pelbagai
sektor. Kesatuan dalam menghayati manhaj ahli sunnah wal jamaah dan
menjadi norma rujukan contoh, model sahsiah yang unggul
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
5
Ini akan memberikan lebih peluang kepada murid di dalam menentukan
laluan kerjaya mereka.
5.2. Aspirasi Murid
PPPM memastikan murid-murid dapat menguasai ilmu pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika,
kemantapan rohani, dan beridentiti nasional.
KBT yang menekankan elemen ulum al-Quran dan menggunakan bahasa
Arab sebagai bahasa pengantar akan mempertingkatkan kualiti
penghayatan terhadap al-Quran dan kemahiran berkomunikasi serta
mampu merujuk asas-asas ilmu pengetahuan dalam kitab-kitab muktabar.
KBT akan mengembangkan potensi dan keupayaan murid dengan
pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik pembelajaran dan pengajaran
melalui penghayatan pelbagai kemahiran.
5.3. Kepentingan KBT Kepada Sekolah
SABK yang melaksanakan KBT layak menerima bantuan per kapita mata
pelajaran seperti mata pelajaran kebangsaan yang lain. Di samping itu,
sekolah layak menerima Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).
Prinsip ini di selaraskan dengan aspirasi sistem dalam PPPM yang
berkaitan dengan kemampuan akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan
kecekapan. Dengan itu semua SABK yang terlibat akan dapat
diperkukuhkan.
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015
6
5.4. Kepentingan KBT Kepada Masyarakat, Bangsa dan Agama
Kurikulum tahfiz digubal untuk menyediakan bakal ulama, cendikiawan
Islam yang menghafaz al-Quran yang berkaliber dan bertaraf dunia. Untuk
itu kurikulum ini digubal berhasrat melahirkan agamawan yang menghafaz
al-Quran ke arah mencapai keredhaan Allah.
Kefahaman yang sahih dari kurikulum ini dapat menjadi asas kukuh
mempertahankan kesucian agama Islam dari ajaran sesat dan
menyeleweng supaya masyarakat dapat menghindar diri dari kumpulan
songsang yang sering muncul dalam masyarakat.
5.5. Kepentingan KBT Kepada Negara
Menyediakan Negara Malaysia sebagai hub pendidikan agama Islam
bertaraf dunia.
6. PENETAPAN SEKOLAH
6.1.KBT dilaksanakan di SABK yang telah dipersetujui oleh Pihak Berkuasa
Negeri.
6.2.Sekolah boleh melaksanakan sama ada salah satu aliran KBD atau KBT,
atau kedua-dua sekali bergantung kepada perbincangan bersama antara
KPM dan LPS.
6.3.Pertukaran, pertambahan dan penutupan sebarang aliran adalah
berdasarkan permohonan dan kelulusan oleh pihak KPM.
6.4.Sekolah mestilah melaksanakan secara keseluruhan mata pelajaran
mengikut pakej-pakej yang telah ditetapkan.
7. BAHASA PENGANTAR BAGI MATA PELAJARAN
Bahasa pengantar bagi mata pelajaran kurikulum tahfiz ialah bahasa Arab
manakala mata pelajaran KBSM adalah dalam bahasa Melayu atau bahasa
Inggeris.
8. JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN
Jadual waktu persekolahan mesti memenuhi hak peruntukan masa waktu
minimum seminggu bagi setiap mata pelajaran dan juga termasuk waktu Tahdhir
bagi mata pelajaran Hifz al-Quran. (rujuk contoh jadual di lampiran 1)
9. STRUKTUR ORGANISASI
Struktur organisasi pengurusan KBT adalah seperti berikut:
Pengetua
Penolong Kanan
Pentadbiran
Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid
Penolong Kanan
Kokurikulum
Ketua Bidang / GKMP
Bahasa
Ketua Bidang / GKMP
Sains Matematik
Ketua Bidang / GKMP
Teknik Vokasional
Ketua Bidang / GKMP
Kemanusiaan
Ketua Bidang / GKMP
Pend. Islam B. Arab
Ketua Panitia Pendidikan
Islam
Ketua Panitia
Bahasa Arab
Ketua Panitia
Hifz al-Quran
Ketua Panitia
Maharat al-Quran
10. BANTUAN GERAN PERKAPITA
Sekolah-sekolah yang melaksanakan KBT berhak menerima Geran Perkapita
Mata pelajaran mengikut kadar dan prosedur yang ditetapkan oleh KPM.
11. PENTAKSIRAN DAN PELAPORA
N
Pentaksiran KBT adalah dengan menggunakan kaedah Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) di peringkat menengah rendah seperti mana mata pelajaran lain
yang dilaksanakan di sekolah-sekolah KPM. Panduan Perkembangan
Pembelajaran Murid (PPPM) dan instrumen pentaksiran akan digunakan bagi
dua mata pelajaran berikut:
11.1. Hifz al-Quran.
11.2. Maharat al-Quran.
Pengetua
Penolong Kanan
Pentadbiran
Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid
Penolong Kanan
Kokurikulum
Ketua Bidang / GKMP
Bahasa
Ketua Bidang / GKMP
Sains Matematik
Ketua Bidang / GKMP
Teknik Vokasional
Ketua Bidang / GKMP
Kemanusiaan
Ketua Bidang / GKMP
Pend. Islam B. Arab
Ketua Panitia Pendidikan
Islam
Ketua Panitia
Bahasa Arab
Ketua Panitia
Hifz al-Quran
Ketua Panitia
Maharat al-Quran
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015 8
Pelaporan akhir KBT di peringkat menengah rendah adalah seperti berikut :
11.3. Pelaporan Pentaksiran Pusat
11.4. Pelaporan Pentaksiran Sekolah
11.5. Pelaporan Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJSK)
11.6. Pelaporan Psikometrik.
· Sijil pencapaian hafazan akan dikeluarkan kepada murid menengah rendah.
Pada peringkat menengah atas pula, pentaksiran berdasarkan kepada
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan murid akan menerima Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Mata pelajaran Hifz al-Quran dan Maharat Al-quran akan
disenaraikan sebagai mata pelajaran dalam SPM
· Sijil pencapaian hafazan akan dikeluarkan kepada murid menengah atas.
12.GURU
Keperluan guru untuk pelaksanaan KBT adalah Guru Tahfiz. Guru ini
bertanggungjawab menguruskan dua mata pelajaran peringkat menengah
rendah iaitu Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran. Bekalan Guru Tahfiz adalah di
bawah tanggungjawab KPM. Buat masa ini, norma sementara 3.0n telah
diluluskan dan norma sebenar adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat.
Dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KBT, Guru Tahfiz mempunyai
peranan khusus melibatkan perkara-perkara berikut:
12.1. Melaksanakan aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran mengikut jadual
yang ditetapkan bermula 6.30 pagi sehingga 2.00 petang.
12.2. Melaksanakan tahriri hafazan dan hafazan baru (7.00 malam hingga
9.00 malam) mengikut jadual yang ditentukan oleh pihak sekolah.
12.3. Memastikan aktiviti qailulah dilaksanakan.
12.4. Peranan guru tahfiz adalah sama dengan guru akademik.
Masa rasmi Guru Tahfiz mempunyai dua sesi iaitu sesi pertama bermula jam
6.30 pagi hingga selesai Solat Zohor dan sesi kedua bermula pukul 7.00 malam
hingga 9.00 malam mengikut jadual yang telah ditetapkan.
https://drive.google.com/file/d/0B3IRi9CaQJkAb1FVWUF4c1ktZkE/view
No comments:
Post a Comment